Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Pi1m Kusial Bharu

23 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Majlis perasmian dan program hari terbuka Pi1m Kusial Bharu mendapat sambutan luar dugaan apabila dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 1000 tetamu. Orang ramai mula memenuhi padang awam perumahan Kusial Bharu seawal jam 8 pagi bagi menyertai pelbagai aktiviti pada program itu. Antara acara sebelah pagi termasuk beberapa siri taklimat berkaitan keusahawanan, buangan sisa elektronik (e-waste), klik dengan bijak dan kuiz atas talian serta pertandingan melukis poster dakwah menggunakan adobe photoshop yang diajar oleh pengurus Pi1m Kesedar Jeram Tekoh iaitu Mohamad Ilham bin Rosli. Program hari terbuka dan perasmian ini dianjurkan dengan kerjasama Pi1m Lawang dan Pi1m Batu Gajah dan turut dibantu dari segi logistik dari Pi1m Bukit Tandak, Repek dan Semuba. Perasmian disempurnakan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Dayang Saniah Awang Hamid. Program ini dimeriahkan dengan pembabitan pelbagai agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Risda, Hospital Tanah Merah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Para usahawan industri kecil dan sederhana turut terlibat dengan membuka gerai jualan dan demontrasi masakan sempena program ini. Sebelah petang pula meriah dengan persembahan dikir barat oleh Kumpulan Sri Maka dan penyampaian hadiah. Dengan adanya program seperti ini, staff Pi1M dan komuniti dapat mempromosi aktiviti Pi1M dan produk dengan lebih baik dan menyeluruh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas