Kelas Microsoft Office

13 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA REPEK, 12 FEBRUARI 2016 – Pusat Internet 1 Malaysia Repek telah mengadakan kelas Mirosoft Office kepada ahli Pi1M Repek. Kelas ini telah berlansung selama 2 jam pada hari jumaat.

Kelas ini mendedahkan ahli kepada fungsi-fungsi tombol papan kekunci serta format penulisan yang betul. Bagi sesetengah ahli, sikap tidak yakin terhadap diri sendiri untuk mendalami dunia teknologi masih lagi pada tahap yang kurang memuaskan. Menerusi kelas ini, mereka telah dilatih supaya membuang sikap negatif itu dan berusaha membuatkan mereka lebih mendalami dunia teknologi.

Memetik kata-kata seorang daripada ahli Pusat Internet 1 Malaysia Repek yang menyertai kelas Microsoft Office berkaitan teknologi komputer, "tidak seperti kawan-kawan saya yang lain, mereka mempunyai komputer sendiri di rumah, ini menyebabkan saya ketinggalan agak jauh berbanding mereka dalam dunia ict, dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia saya dapat menggunakan perkhidmatan di sini dan menyertai kelas-kelas yang diadakan secara percuma dan mampu melakukan tugasan sekolah dengan menggunakan komputer" katanya ketika menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas