Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) PI Repek

10 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA REPEK, 9 JANUARI 2016 – Pusat Internet 1 Malaysia Repek telah mengadakan Kuiz Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Repek.

Kuiz ini memberi pendekatan yang lebih mendalam berkaitan apa itu KDB. Aktiviti yang dilakukan berkonsepkan Klik Dengan Bijak di mana peserta dibekalkan soalan dan tugasan yang menjurus kearah dunia teknologi ICT.

Selain daripada itu, setiap peserta diminta supaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam kuiz tersebut kedalam kehidupan seharian mereka. Disamping meraih pengetahuan baru berkaitan KDB peserta juga lebih akrab sesama mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas