Projek ICT dengan Kerjasama JKKKP Bukit Tandak

4 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak telah mengadakan Projek ICT dengan kerjasama JKKKP Bukit Tandak pada 3 Oktober 2015 bersamaan hari Sabtu. Program ini berjalan dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 5.00 petang. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi latihan ICT kepada komuniti Bukit Tandak terutamanya warga Emas supaya mereka tidak ketinggalan dengan arus Teknologi sekarang. Program ini disertai oleh komuniti Mukim Bukit Tandak dan Kubang Kuau. Dengan adanya program seperti ini, penduduk dapat mengengetahui apa itu komputer, internet dan fungsi-fungsi komputer serta mengenai Keusahawanan.

Antara aktiviti yang disediakan semasa program ini dijalankan adalah :
-Pengenalan mengenai Komputer dan Internet
-Pengenalan mengenai Microsoft Office 2013
-Sesi Pembelajaran INTEL (Asas Keusahawanan)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas