Latihan Keusahawanan Digital

12 November 2015 | Aktiviti Terkini

PI1M REPEK, 11 NOV 2015 – Seramai 2 orang warga emas yang berumur masing-masing 57 dan 58 tahun telah menjalani latihan keusahawanan digital yang bertempat di Pusat Internet1 Malaysia Repek. Peserta merupakan seorang pengusaha produk perubatan tradisional iaitu perubatan resdung secara tradisional yang telah dijalankan sejak beberapa tahun dahulu.Tujuan Latihan keusahawanan digital ini dijalankan adalah untuk mendedahkan peserta mengenai proses perniagaan melalui atas talian. Hasil daripada latihan ini, peserta telah berupaya untuk membina satu laman facebook untuk perniagaan dan dalam masa yang singkat telah mampu mendapat pelanggan melalui iklan di facebook tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas