Karnival Keusahawanan Dan ICT KDN1

19 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA KDN 1, 18 DISEMBER 2015 – Pusat Internet 1 Malaysia KDN1 yang terbahagi kepada 10 buah PI telah mengadakan satu Karnival Keusahawanan Dan ICT yang bertempat di PI Lawang Tanah Merah Kelantan. Antara 10 PI yang terlibat ialah PI Lawang, PI Cengal, PI Repek, PI Selising, PI Jeram, PI Bukit Tandak, PI Kajang Sebidang, PI Gong Kulim, PI Semuba dan PI Batu Gajah.Tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk mendedahkan komuniti setempat tentang kelebihan-kelebihan yang ada di Pusat Internet 1 Malaysia. Disamping itu ianya juga bertujuan melahirkan usahawan tempatan yang menggunakan kaedah Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam mempromosikan barangan jualan seperti facebook, blog atau whatsapp. Antara Agensi kerajaan yang terlibat ialah klinik kesihatan Batu Gajah,askar regimen kelantan, UMK-ISME, Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS), pelajar sekolah, golongan belia dan komuniti sekitar. Seramai 500 orang tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang karnival itu berlangsung. Antaranya ialah senamrobik, booth dan pameran agensi kerajaan dan usahawan, Talk Usahawan Digital(UMKISME),perkongsian pengalaman usahawan Berjaya, pertandingan puzzle Kuiz JJD, pertandingan hijabista dan cabutan bertuah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas