Pertandingan Mewarna Menggunakan Microsoft Paint

13 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

PI1M REPEK, 12 DISEMBER 2015 – Pusat Internet 1 Malaysia Repek telah mengadakan pertandingan mewarna menggunakan Microsoft Paint'. Pertandingan ini diadakan pada 12 DISEMBER 2015 iaitu pada hari Sabtu di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Repek. Pertandingan melukis telah ini disertai oleh 10 orang pelajar dari sekolah berdekatan di Pusat Internet 1 Malaysia ini. Tujuan Pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat serta memberi pendedahan yang baru di mana mereka dapat mengendalikan tetikus untuk melukis dan mewarnakan lukisan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas