Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia Daerah Pasir Mas

7 Mei 2017 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Repek telah menyertai Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia Daerah Pasir Mas yang telah dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Pasir Mas. Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 5 & 6 Mei 2017 bertempat di Perkarangan Sekolah Kebangsaan Penggu, Bunut Susu, Pasir Mas. Melalui program ini, pihak PI1M dapat memberi pendedahan kepada komunti tentang pentingnya mengitar semula mobile ewaste. Selain itu, pihak PI1M juga dapat memberi kesedaran kepada pengguna mengenai telefon pintar dengan menggunakan aplikasi Check Your Label dan turut menyampaikan ceramah Klik dengan Bijak. Dengan adanya program seperti ini, staf PI1M berpeluang menghebahkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI1M dan aktiviti-aktiviti yang diadakan di PI1M sepanjang tahun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas