Latihan Kebakaran Bersama Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang

20 April 2017 | Aktiviti Terkini

Latihan kebakaran telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) seliaan maxis dan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Kelantan. Program ini telah diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang yang disertai oleh 1177 orang murid sekolah Sri Kiambang dan seluruh warga pendidik. Turut menyertai program ini adalah 6 orang staff Pi1M yang terdiri daripada Pi1M Repek, Pi1M Bukit Tandak, Pi1M Semuba, dan Pi1M Kajang Sebidang bersama 6 orang anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Pasir Mas.

Sepanjang program ini, semua peserta telah didedahkan dengan situasi sebenar kebakaran dan cara bagaimana untuk menghadapi situasi kebakaran tersebut. Tidak lupa juga pelajar dari golongan kurang upaya turut serta melibatkan diri dalam demontrasi memadamkan kebakaran. Menurut anggota bomba yang bertugas, “Demontrasi seumpama ini perlulah didedahkan kepada semua peringkat umur dan tidak mengira keadaan fizikal seseorang kerana situasi cemas boleh berlaku bila-bila masa, tidak memilih waktu dan sesiapa”.

Program ini bermula jam 9.30 pagi dan selesai pada jam 1.00 tengahari. Keseluruhan program berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pihak Bomba Dan Penyelamat dari Balai Pasir Mas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas