Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet 1 Malaysia Kelantan

15 Januari 2017 | Aktiviti Terkini

Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Repek telah menyertai Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet 1 Malaysia dengan modul bertajuk Strategik Perniagaan menggunakan Business Modal Canvas. Program ini telah dijalankan pada 13 & 14 Januari 2017 bertempat di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan. Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan teknik-teknik yang betul kepada staf PI1M dalam menjalankan perniagaan. Ianya sekaligus membolehkan staf PI1M berkongsi ilmu keusahawanan yang dipelajari sepanjang kursus kepada komuniti setempat dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan tempatan di masa hadapan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas